Wednesday, 4 July 2012

Klasifikasi kecederaan sukan
- Acute (baru) : kecederaan yang berlaku secara tiba-tiba atau baru berlaku
- Chronic (lama) : kecederaan yang lama
Ianya melibatkan tisu lembut dan tisu keras
Tisu lembut : otot, ligament, tendon, saraf, salur darah
Tisu keras : tulang


Prosedur pertolongan cemas T.O.T.A.P.S
T (Talk)
Bercakap bagi menenangkan mangsa-
O (Observe)
Pemerhatian untuk memastikan tanda-tanda kecederaan dan gerakbalas-
T (Touch)
Sentuhan untuk mementukan tahap kesakitan dan bahagian yangcedera-
A (Active)
Pergerakan aktif yang dilakukan oleh mangsa sendiri, sekiranyakesakitan beri rawatan pertolongan cemas.-
P (Passive)
Pembantu mula melakukan pergerakan pasif dengan perlahan-lahanpada bahagian yang cedera melalui julat pergerakan yang normal.
S (Skill test)
Menguji kemahiran sebelum dan selepas rawatan. Pastikan mangsadapat melakukan kemahiran yang digunakan dalam permainan
 
.Rawatan kecederaan ringan R.I.C.E

Rest
Ice
Compression
Elevation

Prosedur pertolongan cemas R.I.C.E
R (Rest)
Merehatkan bahagian yang cedera.pastikan bahagian yang cederaditempatkan di paras yang lebih tinggi daripada jantung.Kedudukan ini mengurangkan pendarahan dalaman.-
I (Ice)
Menggunakan ais pada bahagian cedera. Keadaan yang sejukmengecutkan kapilari darah dan memberhentikan pendarahan.Ulang rawatan ais setiap 15-20 minit selama 2-3 jam. Tempoh rawatanterapi ais ini bergantung kepada tahap kecederaan
C (Compression)
Membalut bahagian yang cederaBalut menggunakan pembalut yang sejuk atau pek aisSekiranya ada tanda kebiruan atau rasa kebas di tempat yang cedera,buka pembalut dan diikat semula supaya lebih longgar -
E (Elevation)
Meninggikan bahagian yang cedera melebihi paras jantungIni dapat mengurangkan pengaliran darah ke bahagian yang cederadan boleh menyebabkan pembekuan darah disituIa juga boleh mengelakkan keadaan tisu bengkak disebabkanpengumpulan cecair tisu yang melambatkan pemulihan.

 
Bagaimana cara untuk mencegah kecederaan semasa bersukan?
Langkah-langkah yang penting ialah:

• Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan seperti topi keledar untuk menunggang, meluncur atau menggunakan papan luncur
• Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan. Digalakkan menggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. Alat pelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut, gigi, lidah semasa aktiviti sukan seperti hoki, bola keranjang dan sukan tinju
• Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur skateboard atau in-line skate
• Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh
• Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan
• Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau selesema
• Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi anda dari kecederaan
• Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih anda

Jenis-jenis balutan yang boleh digunakan
)Balutan Tangan
Cara-cara:

-Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah)
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah)
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah.

2)Balutan Anduh Besar
Cara-Cara:

-Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada lengan yang tercedera .
-Kemudian silangkan dan buat ikatan buku sila pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.
Puan Faridah sedang menunjukkan cara membuat Balutan anduh  besar
3)Balutan Cincin
Balutan boleh dilakukan apabila tertusuk benda yang sukar dicabut seperti paku atau kayu. Sebaiknya, benda yg tertusuk itu tidak dicabut supaya dapat mengelakkan kecederaan  yang lebih serius.


Wednesday, 27 June 2012

Asas Sains Sukan

      Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya ia membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.

       Ahli –ahli fisiologi berpendapat bahawa kecergasan merupakan satu keadaan dimana seseorang itu mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja harian tanpa kelesuan dengan penggunaan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan di masa terluang dan ketika dalam kecemasan. Kecergasan juga boleh didefinisikan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap. Secara keseluruhannya kecergasan melibatkan kecergasan sosial, psikologi, dan fisiologi. Semua kecergasan di atas ditentukan oleh persekitaran, keturunan(baka), dan cara hidup seseorang itu.

Secara keseluruhannya, konsep kecergasan merangkumi segala aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan kerohanian. Konsep kecergasan ini adalah komprehensif yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan perlu bagi seseorang kerana kesihatan yang baik dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri.

Berdasarkan kepada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa kecergasan adalah perkara utama yang perlu bagi kehidupan. Menurut ahli fisiologi, kecergasan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek, iaitu kecergasan dari aspek kesihatan dan perlakuan motor.

Kecergasan Berasaskan Kesihatan
Terdapat 5 komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan:
a. Daya tahan kardiovaskular-
merupakan keupayaan bersenam dalam tempoh yang
panjang. Sistem pengaliran darah dan pernafasan membekalkan bahan api iaitu
oksigen untuk membolehkan aktiviti-aktiviti fizikal dijalankan.
b. Kekuatan otot-
merupakan kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot mengatasi
rintangan bagi menghasilkan daya kerja. Pertambahan kekuatan akan membawa
ketahanan otot - otot iaitu kebolehan meneruskan sesuatu aktiviti dalam tahap
yang tinggi.
c. Daya tahan otot -
merupakan keupayaan menggunakan otot tulang rangka untuk
menghasilkan daya berulang - ulang bagi suatu jangka masa tertentu, beberapa
kali tanpa perubahan bagi mengatasi rintangan atau beban.
d. Kelembutan –
merupakan keupayaan untuk menggunakan sendi - sendi dengan
sepenuhnya melalui pergerakan.
Komposisi badan - adalah 3 komponen struktur asas ada pada badan iaitu
lemak, otot dan tulang. Merujuk kepada bahagian badan tanpa lemak(tisu) dan
bahagian lemak ini menentukan berat badan seseorang individu umum. Peratusan
lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan individu
 Kecergasan Berasaskan Perlakuan Motor
Terdapat 6 komponen dalam kecergasan berasaskan perlakuan motor:
a. Koordinasi bermaksud pergerakan yang melibatkan keselarasan antara
mata, tangan kaki dan badan. Keupayaan untuk menggunakan deria penglihatan
untuk sentuh bersama deria kalistenik atau otot untuk menghasilkan pergerakan
badan yang tepat.
b. Imbangan merupakan kebolehan seseorang kekalkan posisi badan dalam keadaan
tetap atau melakukan sesuatu aktiviti. Kebolehan untuk mengekalkan
keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar atau tapak
menyokongnya diubah.
c. Ketangkasan ialah kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil bertukar
arah. Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.
d. Kuasa merupakan keupayaan untuk melakukan pergerakan dengan cepat dan
melibatkan kekuatan dan kelajuan. Kebolehan individu melakukan sesuatu
pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan
yang tinggi. Ini merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan
kuncupan otot.
e. Masa tindakbalas ialah masa yang diperlukan oleh seseorang untuk bergerak
apabila seseorang itu bertindakbalas. Masa tindakbalas selalunya di kaitkan
dengan faktor ketangkasan. Kebolehan seseorang itu bertindak dengan secepat
mungkin dapat membantunya dalam situasi permainan dan dalam masa
kecemasan dari segi menyelamatkan diri.Kelajuan merupakan keupayaan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut suatu arah kelajuan ditentukan oleh hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak.

KENAPA PERLU MEMANASKAN BADAN DAN MEMBUAT REGANGAN?
Sesetengah orang bersenam untuk lebih sihat, tetapi selepas sekali atau dua kali melakukan senaman terus patah semangat untuk bersenam kerana bukan kesihatan bertambah baik, tetapi mengadu bahagian tertentu tubuh seperti kaki terseliuh dan sakit.

Masalah yang dialami itu menunjukkan tubuh manusia perlu melalui proses sama seperti enjin kenderaan, memanaskan badan sebelum bersenam.

Memanaskan badan penting supaya otot dapat bertugas dengan berkesan, sekali gus mengelakkan kecederaan.

Sehubungan itu, tubuh memerlukan persediaan rapi dan tepat untuk melakukan senaman yang memerlukan tenaga dan kekuatan supaya senaman memberi pulangan positif dan pada masa sama, meminimumkan risiko kecederaan.

Bersenam tanpa memanaskan badan bererti sengaja mendedahkan diri kepada pelbagai kesakitan dan kecederaan.

Sesetengah orang mengetahui keperluan memanaskan badan, tetapi mempunyai anggapan salah bahawa sesiapa yang mempunyai keadaan fizikal yang baik tidak perlu berbuat demikian. Hakikatnya, setiap orang berisiko mendapat kecederaan apabila memaksa tubuh melakukan senaman.

Berhenti dengan tiba-tiba selepas bersungguh-sungguh melakukan senaman tanpa melegakan otot kembali seperti dalam keadaan rehat, juga boleh menyebabkan kesakitan seperti yang dialami orang yang tidak cergas, tetapi memaksa diri bersenam secara intensif.

Ketegangan otot yang dialami ketika bersenam kemungkinan besar berpunca akibat bersenam tanpa memanaskan badan sepenuhnya.

Kebaikan memanaskan badan
Faktor utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligamen terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting terutama bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan.

Latihan memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut.

Bagaimanapun, pastikan senaman dilakukan segera selepas aktiviti memanaskan badan. Jika melewati tempoh 10 minit, badan akan kembali sejuk dan usaha memanaskan badan akan menjadi sia-sia.

Selain mencegah kecederaan, tubuh berasa lebih bersedia untuk melakukan senaman. Dari segi psikologi, seseorang itu akan lebih bersedia untuk menghadapi aktiviti sukan, terutama pertandingan peringkat tinggi.

KENAPA PERLU MENYEJUKKAN BADAN DAN MEMBUAT KELONGGARAN?
Kebaikan menyejukkan badan

Sama seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya.

Ambil sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot.

Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul’ yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.

Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransur-ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam.

Apabila semua ini dilakukan, anda dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha terbaik untuk melindungi tubuh anda.

Wednesday, 20 June 2012

Definisi Rekreasi

Definisi Rekreasi.
  • -Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan.
  • -Menurut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap.
  • -Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
  • -Rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang dimasa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan.
  • -Kesenggangan pula memebawa maksud masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan member kepuasa dalam diri individu.

Kepentingan rekreasi dalam kurikulum sekolah/pusat pengajian tinggi.
Dalam kurikulum di sekolah/ipt, aktiviti rekreasi juga dititikberatkan kepada murid. Oleh sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah/ipt akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sukan rekreasi diselaraskan di sekolah bagi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.Sekiranya para pelajar sentasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, ia dapat mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial yang sihat.Sekiranya pelajar sentiasa mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan di sekolah/ipt, dengan itu mereka akan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan gejala sosial bersama rakan sebaya.
Apabila seseorang pelajar sentiasa aktif dalam sukan rekreasi, pelajar tersebut akan dapat mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana mereka dapat berfikir dengan tenang dan menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan itu pelajar tersebut tidak akan banyak menimbulkan masalah di sekolah.Selain itu, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan para guru,pensyarah serta rakan-rakan mereka di sekolah/pusat pengajian dengan lebih baik lagi. Dengan ini mereka dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka saling bekerjasama dan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi.